Semasa

Aktivis MAPIM, Heliza Helmi selamat diijabkabulkan

KUALA LUMPUR : Syukur ke hadrat Ilahi, penantian yang panjang kini berakhir buat seorang selebriti merangkap aktivis kemanusiaan yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya.

Bertarikh 1 Januari 2022, Nur Heliza Helmi, 36 hari ini telah selamat diijab kabulkan dengan seorang ikon usahawan, Datuk Seri Mahadi, 39 dengan sekali lafaz.

Berita gembira itu disampaikan oleh penceramah terkenal, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut menerusi laman Instagramnya.

Daripada gambar dapat dilihat kedua-dua pengantin manis dengan persalinan serba putih tanda kesucian hati yang disatukan. Jelas tergambar kebahagian pada wajah kedua-duanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), (Dr.) Sani Araby Al-Kahery turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah buat pasangan mempelai diiringi doa moga diberkati kehidupan.

“Tahniah kepada kedua sahabat baik kami dan juga aktivis kemanusiaan MAPIM Malaysia Ybhg Dato Sri Mahadi Badruzaman dan juga Datin Sri Heliza Helmi. Sungguh berita gembira ini kami iring dengan senyum serta doa keduanya diberkati kehidupan atas banyak kebaikkan dan khidmat kepada Ummah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Gambar majlis resepsi yang patuh SOP itu turut dikongsikan oleh kelab peminat adik beradik Heliza dan Hazwani Helmi, ‘The Helmis Warrior’ di sosial media.

Heliza merupakan seorang aktivis yang giat menjalankan aktiviti-aktiviti kemanusiaan di dalam mahupun di luar negara, sehingga diiktiraf antara sebagai antara ikon wanita dan belia negara atas semangat beliau memperjuangkan nasib mereka memerlukan.

Beliau sebelum ini bersama-sama dengan MAPIM telah menjejakkan kaki ke bumi Syria dan Gaza bagi membela nasib rakyat Palestin.

Terbaru beliau sempat meluangkan masa bersama MAPIM bagi menyantuni mangsa banjir di Selangor dan memberikan bantuan hasil daripada sumbangan sahabat Malaysia yang dermawan.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button