CENTHRA seru sokongan berterusan kepada pelarian
PUTRAJAYA: Bersempena dengan Hari Pelarian Sedunia hari ini, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) terus tegas menyatakan komitmennya kepada pelarian dari negara yang berkonflik.
Organisasi itu merancang untuk bekerjasama dengan kerajaan di seluruh dunia untuk menangani masalah para pelarian dan mencipta penyelesaian yang mampan untuk mereka.
Hari Pelarian Sedunia tahun ini adalah bertemakan ‘Harapan jauh dari rumah’ sebagai langkah membangun kembali pengharapan kehidupan pelarian menerusi dukungan komuniti global.
Dalam satu kenyataan CENTHRA mengakui keberanian, ketabahan, dan cabaran yang dihadapi oleh para pelarian dalam perjuangan mereka untuk mencari perlindungan dan kehidupan yang bermaruah.
“Walaupun kemajuan ketara telah dicapai untuk melindungi dan menyokong mereka, kita mesti terus mengutamakan hak dan kesejahteraan mereka“.
“Melihat cabaran semasa, adalah penting untuk kami mengukuhkan komitmen kami terhadap perlindungan dan integrasi pelarian,” tambah kenyataan.
Pada masa sama, CENTHRA juga menggesa pemerintah, organisasi dan individu yang terlibat dalam usaha memberi perlindungan kepada komuniti pelarian untuk melanjutkan bantuan sedia ada dengan memberi perlindungan, termasuk hak suaka sewajarnya tanpa mengambil kira bangsa, warna kulit dan agama.
Selain itu, CENTHRA juga menuntut komuniti global untuk menentang kefahaman xenophobia, diskirminasi dan sterotaip pendidikan terhadap pelarian.
Sebaliknya, memayungi mereka dengan sikap empati, kesefahaman dan penghargaan sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan hak mereka sebagai manusia.
Sambutan Hari Pelarian Sedunia disambut setiap tahun pada tanggal 20 Jun.
BACA JUGA
MAPIM-IAC Maldives santuni warga pelarian Seremban