DuniaPalestin

Jangan cemari lagi Masjidil Aqsa hari ini!

Ha mas beri amaran keras

BAITULMAQDIS : Ha mas minggu ini mengeluarkan amaran keras kepada kumpulan puak Zionis yang bakal menimbulkan kontroversi perarakan Flag March dalam satu agenda yang dijadualkan hari ini. (Khamis 10 Jun)

Kumpulan pembawa bendera Israel dikatakan cuba meneruskan perarakan itu,  namun dibatalkan selepas Ha mas mengeluarkan amaran terbabit.

Pemimpin kanan Ha mas, Khalil Hayya secara tergas berkata, tindakan provokatif puak pelampau Yahudi itu bakal mencetuskan ketegangan baharu setelah ia reda 13 hari yang lalu.

Kami memberi amaran keras kepada pelampau Yahudi supaya tidak cuba mencemari perkarangan Masjid al-Aqsa. Kami harap mesej ini jelas supaya perarakan yang dirancang pada Khamis ini tidak mencetuskan semula konflik Israel-Palestin pada 10 Mei lalu.” – Pemimpin kanan Hamas / Khalil Hayya

Bagaimanapun, jurucakap penganjur acara itu berkata, keputusan itu dibuat selepas gagal mendapatkan permit kebenaran daripada pihak berkuasa rejim Zionis. Sementara itu, polis Israel dalam satu kenyataan berkata, kelulusan tidak dapat diberikan selepas menilai situasi semasa.

Pada Sabtu lalu, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz juga dilaporkan mengarahkan pihak berkuasa melarang acara seumpama itu.

Sebelum ini, penganjur demonstrasi berhaluan kanan menyifatkan perarakan itu kononnya sebagai acara untuk menzahirkan kebebasan bersuara, namun kebanyakan pengkritik bimbang ia akan memburukkan lagi konflik Israel-Palestin.

Difahamkan, perarakan di sepanjang kota lama Baitulmaqdis itu dirancang melalui Gerbang Damsyik yang menyaksikan insiden pertempuran ganas tercetus antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa rejim Zionis yang kemudiannya membawa kepada kempen pengeboman ganas dilancarkan tentera Israel ke atas Genting Gaza yang meragut 260 nyawa pada bulan lalu. – AFP

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

****** Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke:

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button