SemasaSirah

Ketahui keistimewaan Israk dan Mikraj

Isra’ Wa Mikraj merupakan antara peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah.

Israk adalah perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.  Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Manakala Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Hari ini disambut oleh seluruh umat Islam bagi memperingati peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah SAW pada tahun ke-11 kerasulan Baginda.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.

Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah Al-Isra’, Ayat 1)

Peristiwa agung Israk dan Mikraj menunjukkan keagungan kuasa Allah SWT.

Umat Islam wajib meyakini peristiwa ini sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Justeru, marilah kita mengambil ibrah dari peristiwa ini dengan penuh penghayatan dan ketakwaan.

Related Articles

Back to top button