Libya terletak di Afrika Utara, bersempadan dengan Laut Mediterranean, Mesir di sebelah Timur, Sudan di Tenggara, Chad dan Niger di Selatan, Tunisia dan Algeria di Barat. Ibu kota adalah Tripoli. Bilangan penduduk Libya hanya 6 juta orang walaupun negaranya sangat luas dan berada pada kedudukan ke-17 negara paling luas di dunia.
1. 90 peratus wilayah Libya adalah Gurun Sahara
Dataran tinggi Sahara membentuk sekitar sembilan per sepuluh dari Libya. Sebahagian dari dataran tinggi adalah gurun pasir, menjadikannya seperti lautan pasir. Al-Harūj al-Aswad adalah dataran tinggi berbukit di Libya tengah. Ditutupi dengan pecahan batu bersudut dan bongkahan batu besar, tingginya mencapai sekitar 800 meter dan puncaknya adalah gunung berapi.
2. Etnik di Libya
Pada awal abad ke-21, populasi Libya mencakupi sejumlah besar pekerja asing yang sebahagian besar dari mereka datang dari negara-negara Afrika sub-Sahara.
Suku Imazighen (Berber) diyakini sebagai penduduk paling awal di Libya. Kelompok utama Amazigh (jamak Imazighen) adalah Luata, Nefusa, dan Adassa. Mereka tinggal di pesisir pantai dan mempraktikkan kehidupan bertani.
3. Arab Sebagai Bahasa Rasmi di Libya
Hampir semua orang Libya berkomunikasi dalam bahasa Arab, bahasa rasmi negara itu. Mereka mengaku dari keturunan suku Arab Badwi Bani Hilal dan Bani Sulaim, yang dikatakan telah memasuki wilayah Maghribi di Afrika Utara, letaknya Libya sekarang.
Ada juga suku dengan jumlah sekitar 30,000 orang yang pernah disebut Gipsi tetapi dikenal di Afrika Utara yang bertutur bahasa Domari.
Orang Arab bermigrasi ke wilayah tersebut selepas kebangkitan Islam pada abad ke-7.
4. Pengeluar minyak Terbesar di Afrika
Pendapatan per kapita Libya antara yang tertinggi di Afrika. Minyak menjadi sumber pendapatan utama Libya. Pada awal abad ke-21, minyak dan gas menyumbang hampir tiga perempat daripada pendapatan.
Pengeluaran minyak di Libya adalah yang terbesar di Afrika dan berada di kedudukan ke-9 dunia. Pada 2019 terdapat sekitar 48 juta tong minyak di negara ini. Sekitar 85 persen minyak Libya dieksport ke negara-negara Eropah.
5. Kota Kuno di Libya
Jika berkunjung ke Libya, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke ibu kotanya iaitu Tripoli yang merupakan kota kuno dengan tembok batu yang dibina di pesisir laut Mediterranean. Orang Arab menyebut ibu kota Libya ini dengan nama Tarabulus al-garb, untuk membezakan dengan Kota Tripoli yang ada di Lebanon.
Sekitar 60 kilometer dari sebelah timur Tripoli terletak sebuah kota romawi bernama Sabratha. Kota ini memiliki seni Romawi kuno yang bersejarah. Sabratha adalah salah satu dari tiga kota besar Romawi di pesisir Libya. Ada banyak benteng pertahanan dan gereja yang dibangunkan di sana.