DomestikSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM Santuni 86 Pesakit di Sabak Bernam

SABAK BERNAM, 30 Ogos 2025 – Selepas kejayaan besar di Dataran Merdeka, Mobile Clinic MAIWP-MAPIM meneruskan misinya ke daerah Sabak Bernam, Selangor dengan menyantuni 86 pesakit di Stadium Mini Sungai Besar pada 29 dan 30 Ogos 2025. Program ini dianjurkan atas jemputan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Klinik bergerak ini menawarkan pemeriksaan kesihatan asas, rawatan ringan serta khidmat nasihat kesihatan secara percuma, dengan sokongan pasukan petugas perubatan yang berdedikasi.

“Kehadiran Mobile Clinic ke daerah seperti Sabak Bernam membuktikan komitmen kami bahawa akses kesihatan berkualiti tidak seharusnya terhad di bandar besar sahaja. Kami mahu ia sampai ke akar umbi masyarakat,” jelas Puan Haryani, Pengarah Mobile Clinic.

Mobile Clinic ini dibangunkan berasaskan pengalaman MAPIM di kawasan bencana yang memerlukan perkhidmatan kesihatan segera. Bas dua tingkat yang diubahsuai ini dilengkapi bilik rawatan moden, bilik konsultasi selesa, ruang menunggu berhawa dingin serta pasukan petugas kesihatan terlatih.

Kerjasama strategik antara MAIWP dan MAPIM Malaysia melalui Mobile Clinic ini menegaskan usaha bersama dalam memperluas capaian kesihatan kepada golongan kurang berkemampuan, sekaligus mendidik masyarakat mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan pencegahan awal penyakit.

Related Articles

Back to top button