DuniaSemasa

OIC kecam serangan pengganas israel ke atas Kota Nablus

JEDDAH: Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam jenayah ngeri yang dilakukan oleh rejim penjajah israel di kota lama Nablus yang telah mengakibatkan kematian tiga orang syahid dan mencederakan berpuluh-puluh umat Islam Palestin pada Khamis.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, OIC turut mengecam pencerobohan tentera israel baru-baru ini di Semenanjung Gaza.

OIC menganggap serangan demi serangan lanjutan daripada pencerobohan terbuka israel terhadap rakyat Palestin sebagai melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa secara terang-terangan.

Kredit Foto Twitter WAFA News Agency

Tambah kenyataan OIC lagi, israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan daripada kesinambungan jenayahnya yang akan meningkatkan ketegangan dan ketidakstabilan di rantau Asia Barat.

OIC menyeru kuasa-kuasa besar antarabangsa untuk campur tangan bagi menghentikan jenayah israel yang berterusan terhadap umat Islam di seluruh wilayah Palestin yang dijajah dan dalam masa sama menahan israel, mamaksa mereka bertanggungjawab atas jenayah dan pelanggaran berterusannya.

Kuasa-kuasa besar dunia harus membantu menyediakan satu bentuk perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin yang telah dizalimi rejim israel.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button