PendidikanSemasa

Pendidikan? Ayuh kita kembali kepada asas – Dr Hafiz Hanif

KOLUMNIS:
Dr Hafiz Hanif
Ketua Pegawai Teknologi
SiagaX Industries (M) Sdn. Bhd.

 

Pendidikan adalah salah satu bidang yang rumit untuk dilaksanakan, sebab produknya adalah manusia, yang semua tahu, ada pelbagai ragam, ‘fe’el’, cara pemikiran, dan lain-lain lagi.

Itu belum masuk bab fizikal panjang pendek, kurus ‘lebau‘, tua muda. Kombinasi pembolehubah-pembolehubah yang maha banyak ini membentuk individu-individu unik, yang mana mungkin sama diantara satu dan yang lain, dan ini merumitkan lagi hal pendidikan. Orang pendidikan melabelkan situasi kepelbagaian ini sebagai heterogeneous (berbagai-bagai, pelbagai, beraneka).

Proses pendidikan pula melibatkan aktiviti penyusunan semula tingkahlaku dan pengetahuan sedia ada untuk mencapai tingkahlaku dan pengetahuan yang dikehendaki. Orang pendidikan melabel aktiviti ini sebagai ‘mencapai objektif pembelajaran’.

Ada ramai yang saya perhati, sakan bercakap dan menulis tentang perihal situasi pendidikan Malaysia. Baik dari pakar-pakar bidang, menteri-menteri (dan mantan menteri) sehinggalah pakcik makcik rakyat jelata biasa. Ini adalah satu situasi yang sangat baik. Saya suka. Ini bermaksud ramai yang cakna dan hendak ambil tahu. Tidak seperti dahulu yang mana rata-rata meletakkan beban dan kebertanggungjawaban mendidik diatas bahu dan batu jemala cikgu/guru/pensyarah/pendidik sahaja.

Ada hikmahnya ketika penularan wabak COVID-19 sebelum ini. Sememangnya, dari dulu lagi, pendidikan ini dianggap sebagai satu medium merencanakan agenda pembangunan insan yang akan menjadi pendokong negara masa depan (atau kalau nak baca dengan tona suara yang lebih ‘sinister‘ – medium indoktrinasi).

Dan diatas sebab inilah kurikulum di institusi-institusi pendidikan dirombak secara berkala, bagi melihat keperluan pembaharuan (baca: tambah isi kandungan) dan penambahbaikan (baca: tambah isi kandungan).

Natijahnya, (tak pasti samada betul atau tidak saya juga perkataan ‘natijahnya’ di sini. Jika dilihat dengan lebih dekat, pembaharuan dan penambahbaikan ini seringkali menjadi wadah kepada penerbitan subjek-subjek baharu yang dirasakan perlu untuk disumbat masuk dalam minda anak-anak.

Apa yang dirasakan perlu, “Hah! masukkan dalam kurikulum!“, atau “Jadikan sebagai subjek dan ajar di sekolah!”, atau yang lebih sensasi “Jadikan sebagai subjek wajib universiti!“. Terpaling wajib!

Rata-rata ada pendapat bahawa, sekiranya satu-satu perkara itu diajar atau didedahkan dari awal, akan melekatlah dengan jayanya dalam minta anak-anak pelajar kita. Dan ini diharapkan dapat menjadi pedoman, pendorong, dan pendokong (wow, trifekta!) suatu hari nanti.

Daya intelek ilmu dalam minda kita bergantung kepada beberapa faktor, yang berubah-ubah mengikut tahap umur kita, dan bergantung kepada mazhab teori pembelajaran manakah yang cikgu kita subscribe.

Pada zaman dahulu, rata-rata mod dan method pendidikan dilaksanakan menggunakan pendekatan dan strategi yang didasari oleh teori pendidikan ‘Behaviourism‘ ( doktrin yg menekankan bahawa satu-satunya cara yg sah utk mengkaji psikologi manusia atau haiwan adalah dgn memerhatikan tingkah lakunya).

Siapa pernah baca tentang eksperimen Pavlov dan anjingnya? Pada dasarnya, teori ini menyebut tentang cara mengajar dengan melakukan pengulangan, pengukuhan, ganjaran, dan hukuman, sehingga terjadinya perubahan tingkahlaku yang diinginkan. Untuk memudahkan pemahaman anda, kalau anda pernah didedahkan dengan latih tubi berkali-kali menjawab soalan peperiksaan, ya itu setotoknya adalah pendekatan Behaviourisme.

Bagusnya pendekatan ini adalah, pendidik boleh ikat jamin potong jari bahawa pelajarnya akan excellent sebab sememangnya jika dididik melalui kaedah ini, hampir 100% pelajar akan dapat ‘regurgitate‘ semula apa yang dia sudah pelajari.

Pendekatan ini sangat sesuai digunakan untuk perkara-perkara yang melibatkan hafalan, contohnya hafal sifir, hafaz surah dalam Al Quran dan sebagainya.

Cumanya, pendekatan ini ada impak negatif, yang mana, perkembangan kognitifnya tidak menyeluruh, kerana bukan semua limu perlu dihafal. Sejumlah besar ilmu memerlukan pemahaman, dan pemahaman adalah proses rumit yang berlaku dalam otak kita. Pendidikan kini dilihat sebagai satu proses yang melibatkan pengalaman sosalisasi, contohnya belajar dari rakan, alam sekeliling, keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja dah lain-lain bagi melahirkan graduan yang holistik.

Kementerian sedar tentang perkara ini dan telah mula berubah kepada pendekatan dan strategi yang lebih mendokong kepada teori Konstruktivisme yang lebih menyeluruh. Perubahan ini juga adalah respon dari keperluan industri zaman ini yang memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir dalam bidang, tetapi juga mempunyai sifat-sifat adaptif, versatile, dan mampu menavigasi keperluan industri yang sering berubah-ubah.

Di sinilah dimana berlakunya pertembungan antara idealogi dan praktikaliti.

Di satu sudut, mereka beranggapan bahawa ada perlunya untuk anak-anak ini didedahkan dengan awal, konsep-konsep rumit, abstrak, supaya akan terbiasa bila meningkat darjah/tingkatan nanti.

Akan tetapi, dari segi praktikalitinya, memasukkan konsep-konsep dan struktur-struktur ilmu tinggi di awalan tahap pendidikan boleh menjadi asbab kepada penurunan minat bagi satu-satu bidang (sebagai contoh, lihat statistik peratusan pelajar ambil bidang STEM). Ada kebarangkalian (telahan saya sahaja, perlu ada kajian tentang perkara ini.. “Kajian lagi!”, desis Nurtizen lagi) bahawa murid-murid menghadapi masalah memahami ilmu dalam bidang sains di sekolah sejak awal lagi, apabila berdepan dengan isi kandungan pembelajaran yang sukar.

Bagi saya, yang tersepit ditengah-tengah kondisi ini hanya dua sahaja; guru dan murid.

Guru Malaysia ini sebenarnya Guru Kiriman Tuhan. Baik sungguh! Dan mereka ini mmg dari dulu lagi saya sokong, dan sokong. Walaupun semasa COVID-19 PKP, apabila ramai yang mencemuh cikgu, kata cikgu tak buat kerja, patut potong gaji.

“Saya lah yang hantar artikel akhbar mem-backup cikgu. Sebab saya faham apa yang cikgu lalui. Mak abah saya cikgu. Hidup dari kecik dibawa merata pi kem bina semangat ini, perkhemahan puteri islam sana, majlis hari kantin sini, jogathon sana. Saya lihat dengan mata kepala sendiri mak akan duduk di meja, menulis rancangan pengajaran harian untuk seminggu, without fail! Cuba share dengan saya, profession mana lagi yang memerlukan anda tulis rancangan apa yang anda nak buat seminggu awal. Siap bina bahan bantu mengajar awal. Dan anda ikut perancangan itu to the letter. Habiaq mai sat. Abah pula sebagai gubeso akan sibuk mengurus sekolah to ensure the school’s performance is elevated, and it did! Every school he touched, the school rose to excellence. Alhamdulillah. That’s my abah’s Midas Touch“.

Guru-guru tersepit dalam banyak perkara sebenarnya. Kajian demi kajian dah pun dilakukan, malah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pun telah bentang dapatan kajian beban guru di kementerian. Nak tulis pasal beban guru, rasanya layak dijadikan sebuah novel. Mungkin itu saya ulaskan dalam post yang berlainan.

Pelajar pula tersepit dan sangat terkesan dengan perubahan-perubahan kurikulum yang dinaikkan arasnya. Learning is no more fun. It is a tedious process. Rasanya, lagi pelajar susah nak jawab, mungkin lagi bagus dan berkualiti kurikulum kita. Bila ditanya kenapa raise the bar to such height, mereka ingatkan saya, jangan ingat pelajar kita sekarang ni lekeh sangat, tak pandai.

Okay… saya faham ada budak yang pandai… yang mungkin laju dari biasa, bagaimana pula pelajar yang tak sama tahap dengan yang dimaksudkan itu? Perkara ini merumitkan lagi kerja guru. Nak selesaikan silibus satu hal. Nak pastikan pelajar faham lagi satu hal, sebab budak-budak kan heterogeneous?

“Pakailan pendekatan ‘differentiated instruction’… kan boleh accommodate budak2 yang pelbagai tahap”.

Ya, dalam pendidikan apa pelbagai pendekatan pedagogi (kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran) yang boleh dilakukan. Sebut saja apa bentuk, semua ada nama.

Tapi cikgu hanya ada masa 24 jam sehari, sama seperti kita. Kalau ikutkan, boleh saja cikgu jalankan pelbagai pendekatan pedagogi, tapi saya percaya, cukup setahun, cikgu akan burn out gila-gila. Mungkini ini antara sebab cikgu-cikgu ramai submit borang mohon pencen lebih awal, sebab persediaan untuk melakukan satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik, memerlukan usaha yang maha besar. Sapa-sapa sini pendidik, dia tahu apa yang saya maksudkan ini.

Disebabkan tekanan silibus yang besar dan berat, ruang untuk cikgu berkarya dengan pedagogi yang unik dan menarik menjadi terlalu nipis dan tipis. Jadinya, cikgu akan terpaksa resort back to behaviourism, sebab orang atas nakkan hasil demi  menjaga rating sekolah serta nak jaga graf subjek.

There goes the fun of learning.

Tidak saya nafikan ada juga guru yang sangat dedikasi dan mampu buat PdP yang inovasi, kreatif, dan menyeronokkan. Untuk guru yang sebegini, saya sangat admire dan saya doakan semoga mereka ini senantiasa ada tenaga, dan minda yang kental untuk kekal sebegitu. Sebab sangat susah nak kekal sebegitu.

Abihtu, apa solusinya? Dok pung pang pung pang sembang bagi orang bimbang aja ka?

Mudahkan kurikulum. Simplify it. Sekurang-kurangnya untuk peringkat sekolah rendah tahun 1-3 beraktiviti fun-learning. Mula dengan itu. Impaknya:

1. Cikgu akan ada masa untuk craft a more fun learning experiences.

2. Beg budak-budak jadi tak berat sangat sebab basically isi kandungan dikurangkan. Benda ni boleh dibuat. Semasa kuarantin PKP covis-19, mereka telah lakukan.

3. Cikgu ada masa untuk bantu murid yang memerlukan extra coaching.

4. Budak-budak akan mula berjinak-jinak dengan konsep asas yang mudah difahami, yang akan membantu mereka memahami dengan lebih lagi konsep advanced nanti. (STEM takeup akan naik).

5. Cara pentaksiran pula akan improved much more, sebab pengajaran dah bercorak lain, boleh guna pelbagai jenis pentaksiran (PBD perlu dimudahkan – contohnya dari TP1-TP6, mudahkan kepada hanya 3 TP sahaja, contohnya ‘Belum Menguasai’, Sedang Menguasai’ dan ‘Telah Menguasai’. Jelas nyata dan terang. Cikgu tak pening nak taksir, ibu bapa juga mudah faham aras anak mereka.

***
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button