SemasaSyria

Pertahanan Awam tuduh regim Syria & sekutunya Rusia dalang serangan ke atas kem di Idlib

Mereka dituduh bertanggungjawab dalam insiden pembunuhan beramai-ramai pelarian Syria pada Ahad

IDLIB: Sukarelawan Pertahanan Awam Syria, White Helmets  melaporkan roket yang sarat dengan bom berkelompok menghujani kem pelarian di wilayah Idlib pada Ahad.

Tiga kanak-kanak dan seorang wanita menjadi antara mangsa yang maut, tambah organisasi itu.

Malah, turut dilaporkan, bayi kepada Hussein Bakir, salah seorang sukarelawan mereka turut terkorban.

Menurut laporan media BBC, seorang pegawai tentera Rusia menjelaskan, fokus pesawat pejuang Syria adalah untuk menyerang kemudahan dron dan kem latihan kumpulan jihad.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata ia kesan selepas serangan ini amat membimbangkan dan mendukacitakan.

Seorang pekerja ladang zaitun turut tercedera dalam serangan bom dari pesawat Rusia pada Ahad

Kira-kira 4.1 juta pelarian Syria sedang bergantung kepada bantuan kemanusiaan, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terperangkap di kubu terakhir kumpulan jihad serta puak pemberontak yang di dukung Turki yang menentang Presiden Bashar al-Assad, selepas 11 tahun perang saudara yang telah mengorbankan lebih 500 ribu nyawa.

Rantau itu kerap menyaksikan pertempuran bersenjata, serangan udara dan tembakan walaupun gencatan senjata diusahakan oleh Rusia dan Turki pada 2020 untuk menghentikan serangan kerajaan.

PBB telah mendokumentasikan kematian sekurang-kurangnya 121 orang awam yang menjadi mangsa perang saudara di sana sejak awal tahun ini.

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button