Semasa

Restoran Al-Araby Mathaam cawangan ke-3 kini dibuka di Bangi Gateway

BANGI : Al-Araby Group of Companies, melalui anak syarikatnya, Al Araby Mathaam (M) Sdn. Bhd sekali lagi meluaskan sayapnya dengan pembukaan cawangan ke-3 restoran Al-Araby Mathaam di Bangi Gateway.

Majalah Saji telah menyenaraikan Restoran Al-Araby Mathaam  antara 10 restoran masakan Arab terbaik di Malaysia.  Selain menawarkan masakan Arab dengan resepi istimewa sentuhan Malaysia, restoran Al Araby Mathaam turut menawarkan masakan western dan masakan nusantara yang sudah terbukti kelazatannya sejak sedekad yang lalu.

Perasmian pembukaan disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Syarikat Al-Araby, Ybhg, (Dr) Sani Araby Dato’ Abdul Alim Araby diiringi oleh 3 pengasas syarikat iaitu Ybhg Dato’ Abdul Alim Araby, Datin Che Gayah serta Tuan Haji Faris Hussain.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran jemputan dan rakan kemanusiaan MAPIM Malaysia seperti Ybhg Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dato’ Seri Mahadi, YM Maulana Helmi, Al-Fadzil Ustaz Haslin Bahrin, Rabbani, Hijjaz dan Duo Heliza & Hazwani Helmi.

Menurut (Dr) Sani Araby , pembukaan Restoran Al-Araby Mathaam ini amat bertepatan memandangkan Bangi Gateway adalah antara mercu tanda di Bangi yang terkenal dengan kepelbagaian restoran dan busana Muslimahnya.

Bagi mereka yang menggemari hidangan Arab dan mahu menikmatinya dalam atmosfera Timur Tengah dengan dekorasi yang autentik boleh berkunjung ke cawangan baharu itu nanti. Antara menu hidangan yang dicadangkan ialah masakan viral Lamb Haneeth.

Majlis juga dimeriahkan dengan jemputan khas kumpulan nasyid legenda Malaysia, Rabbani dan Hijjaz.

Alunan lagu-lagu nasihat oleh lagenda nasyid tanah air, kumpulan Rabbani
Majlis diserikan dengan suara gemersik lagenda Nasyid Hijjaz
Sani Araby Al-Kahery

“ Saya hasratkan dapat meluaskan lagi perniagaan ini bagi memberi makanan yang sedap, berpatutan, Halal dan Toyyib kepada masyarakat agar hasil keuntungan yang diraih dapat kami sumbangkan dalam bentuk bantuan dan khidmat dalam serta luar negara. Perjuangan mengupayakan Ekonomi Ummah perlu diberi fokus tambah selepas 2 tahun kita berdepan dengan ujian pandemik yang akibatkan ribuan hilang pekerjaan, justeru usaha kerdil kami dalam bidang perniagaan sedikit sebanyak menjadi agenda ekonomi untuk Ummah,” kata Sani Araby Al-Kahery yang juga merupakan penerima Anugerah Top 100 Young CEO 2020

Beliau turut berterima kasih kepada seluruh pelanggan yang menyokong usaha syarikat-syarikat Al-Araby kerana membolehkan beliau untuk dapat berkongsi rezeki dengan turun berbakti di lapangan.

(Dr.) Sani Araby Dato’ Abdul Alim Araby bersama Group CEO Al-Araby Group, Tuan Haji Faris Hussain, semasa menerima Anugerah Top 100 Young CEO 2020

 

Sekitar Majlis Perasmian

 

Pengasas & Pimpinan Kumpulan Syarikat Al-Araby bergambar. Turut bersama YM Maulana Helmi & juga Munif Hijjaz

Majlis diakhiri dengan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW sempena bulan rabiulawal bulan kelahiran kekasih Allah. Moga majlis mendapat syafaat Rasulullah SAW.

Al-Araby Mathaam (M) Sdn Bhd. boleh dihubungi ditalian hotline 03-89129110.


Antara testimonial & review di Al-Araby Mathaam

Related Articles

Back to top button