Daripada tukang kutip sampah menjadi jutawan ummah membantu mangsa banjir dari udara
Tuan Azlan menyertai misi kecemasan bantuan banjir MAPIM Malaysia di Pahang

Bangi : Tuan Azlan Al Amin jutawan yang tidak bertangguh dalam bersedekah. Pada ketika kali pertama mendapat komisyen jualan tanah, separuh daripada komisyen yang bernilai RM4000 diberikan kepada mereka yang memerlukan. Tidak ada rasa ragu-ragu.

Bayangkan, itulah pendapatan pertama Tuan Azlan selepas menerima ujian yang berat, menanggung beban hutang yang banyak dan tanaman jagung pula sudah musnah terkena ribut.
Namun, itu tidak langsung memberatkan Tuan Azlan dalam bersedekah. Bulan hadapan dia juga membuat perkara yang sama. Hasil komisyen yang diperoleh dia sedekahkan, ada yang dia asingkan untuk membaiki rumah keluarga. Hasilnya, dalam masa beberapa bulan komisyen jualan tanahnya mencapai RM500 ribu. Dalam masa yang sangat singkat.
Sehingga dia menjadi jutawan, bersedekah tetap menjadi amalannya. Semuanya kerana Tuan Azlan pernah merasa bagaimana rasanya tidak punya apa-apa. Punyai 16 orang adik-beradik seibu dan seayah, keluarganya memang hidup susah. Yuran dan belanja sekolah banyak dibantu oleh PIBG dan JKK Kampung.
Pernah bekerja sebagai tukang kutip sampah sehingga ibunya menangis apabila melihat bajunya ada ulat sampah. Menangis bukan kerana kerja tukang kutip sampah itu, menangis kerana melihat anaknya yang tabah, tidak merungut dan sanggup membuat apa sahaja rezeki halal demi keluarga.
Kini, Tuan Azlan Al Amin bersama MAPIM Malaysia di Pahang dalam Misi Bantuan Kecemasan Banjir yang diketuai oleh (Dr) Sani Araby Ketua Aktivis Kemanusian MAPIM.
Beliau menaja helikopter untuk kegunaan misi banjir kali ini. Helikopter yang digunakan untuk membuat tinjauan awal sebelum gerakan bantuan dari darat diberikan.

Ditanya bagaimana dia boleh bekerjasama dengan MAPIM, jawab Tuan Azlan, āSaya melihat MAPIM sebagai NGO yang sentiasa ke hadapan apbila berlaku bencana. Jadi saya fikir, saya perlu sentiasa rapat dengan MAPIM, khususnya berhubung dengan (Dr) Sani supaya agenda membantu ummah itu sentiasa menjadi keutamaan.ā
Inilah jutawan ummah, yang sentiasa ada dalam fikirannya adalah bagaimana mahu menggunakan kelebihan yang Allah beri untuk diberikan kembali kepada ummah.
Melalui tinjauan yang dibuat, keadaan banjir di Pahang untuk di bahagian tertentu semakin bertambah buruk. Bantuan segera perlu diberikan.
=============
MAPIM Malaysia melancarkan Misi Bantuan Kecemasan Banjir dan activate Emergency Response Task Force untuk menyelia perkembangan, mengurus bantuan semasa dan pasca banjir di beberapa negeri yang terkesan teruk dengan banjir
Dimulakan dengan misi khas melalui helikopter milik seorang ahli korporat yg menaja penggunaan helicopter bagi meninjau dan menghantar bantuan ke kawasan pedalaman seterusnya MAPIM akan menggerakkan semua aset dan jentera dalam awal minggu hadapan untuk bantuan di lapangan
Berikut adalah bantuan yg bakal disalurkan:
– 10,000 kotak bantuan makanan
– 10,000 hygience box
– 10,000 kit solat
– Food Truck Makanan Panas utk petugas dan mangsa
– Double-Decker Mobile Clinic utk rawat mangsa dan mereka yg memerlukan
– double decker bas membawa 80 aktivist MAPIM
– Team pasca banjir utk bersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa dilapangan
Dianggarkan Dana kilat yang diperlukan adalah RM1,500,000 untuk Misi Bantuan Dan Pasca Banjir. MAPIM merayu infaq dan bantuan segera agar bantuan dapat digerakkan lebih meluas dan memberi manfaat seramai mungkin
Sumbangan boleh disalurkan menerusi
www.bantuummah.com
www.bantuummah.com
www.bantuummah.com
atau
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066