Sebut saja universiti tertua di dunia, ramai yang menyangka gelaran tersebut dipegang oleh Universiti Oxford (Britain) atau Universiti Bologna (Itali). Hakikatnya, gelaran itu dipegang oleh Universiti al-Qarawiyyin di Fez, Maghribi dan mendapat pengiktirafan oleh UNESCO dan Guinness World Records. Lebih menarik, ia merupakan institusi pertama di dunia yang diasaskan oleh seorang Muslimah.
Universiti ini diasaskan oleh seorang wanita yang bernama Fatima Al-Fihri, yang merupakan anak seorang hartawan. Semasa ditubuhkan pada 859 Masihi, ia pada awalnya berperanan sebagai madrasah. Tetapi perlahan-lahan, ia bertukar menjadi pusat pengajian semua disiplin ilmu seperti al-Quran, fiqh, perubatan, matematik, astronomi, sejarah, geografi dan muzik. Kepelbagaian topik dan kualiti pengajaran menarik minat ramai cendekiawan dan para pelajar dari segenap pelosok dunia.
Disebabkan popularitinya sebagai pusat pengajian ilmu, para pelajar juga harus melepasi tapisan yang ketat. Antara syarat yang dikenakan ialah menghafaz al-Quran, penguasaan Bahasa Arab yang baik dan mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang sains.
Terdapat 4,000 buah manuskrip yang disimpan di Perpustakaan al-Qarawiyyin. Antara manuskrip yang disimpan ialah dua buah karya Ibnu Khaldun iaitu al-Muqaddimah dan al-Ibar serta kitab karangan Imam Malik bin Anas rahimahullah, al-Muwatta.
Antara cendekiawan yang pernah menghadiri universiti berkenaan ialah Abu Abdullah Al-Sati, Abu Al-Abbas al-Zwawi, Ibn Rashid Al-Sabti, Ibn Al-Haj Al-Fasi dan Abu Madhab Al-Fasi. Sementara al-Idrisi, Ibnu Maymun/Maimonids, Ibnu Khaldun dan Ibnu al-Arabi pernah menjadi tenaga pengajar di Al-Qarawiyyin.
Seperti universiti moden hari ini, al-Qarawiyyin turut mengadakan sesi perdebatan dan simposium bagi mempromosikan pertukaran idea dan pembangunan pelbagai disiplin ilmu. Idea dan visi Fatima ini mempengaruhi negara-negara Eropah untuk membangunkan institusi sama di tanah air mereka. Ini diterjemah menerusi pembentukan Universiti Bologna pada 1088 dan Universiti Oxford pada 1096.
Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM
MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.
Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.
MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.
Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)
Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh