DuniaSemasa

Wanita Muslim Austria diserang kerana pakai hijab

Seorang wanita Muslim yang tinggal di ibu negara Austria Vienna mengalami kecederaan fizikal akibat serangan berunsurkan perkauman kerana memakai hijab.

“Ini benar-benar menjengkelkan bagi saya, saya tidak tahu bagaimana untuk bertindak kerana ini adalah kali pertama saya berada dalam situasi seperti itu,” kata Baraa Bolat dalam wawancara dengan Anadolu Agency.

Melihatkan bahawa serangan itu berlaku dalam sebuah bas di bandar, Bolat berkata: “Seorang wanita mendekati dan menyuruh saya pulang ke Turki hanya disebabkan saya berhijab ketika saya memakai hijab, walaupun saya bukan dari Turki.”

Mengulas lanjut, dia mengabaikan serangan perkauman itu dan bergerak ke arah depan bas, namun, penyerang tidak meninggalkannya sendirian dan terus melemparkan hinaan dan cacian berunsur perkauman.

 

View this post on Instagram

A post shared by Baraa Bolat (@baraabolat)

“Saya tidak menghiraukannya sehingga dia ludah kepada saya, di kala wabak pandemik ini kebarangkalian boleh membawa penyakit itu. Saya kemudian turun, dia mengikuti saya dan menarik hijab saya dengan sangat kasar.

Ia menyebabkan jarum di tudung saya terkena bawah dagu sehingga mengalami kecederaan. Saya menjerit kepadanya tetapi dia tidak mengendahkannya sehingga saya mengeluarkan telefon bimbit saya dan mula mengambil gambarnya, dia kemudian menyeberang ke seberang jalan.

“Tidak kira memakai hijab atau tidak, warna kulit atau etnik, tiada sesiapapun yang patut melalui kejadian seperti ini”, katanya.

Ramai orang menghubungi Bolat susulan hantarannya di media sosial dan memberikan kata-kata positif sebagai tanda solidariti,

Bolat juga mengatakan bahawa dia sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa polis tempatan dan proses undang-undang dilancarkan.

Dia terus mengatakan bahawa penyerang tersebut memang sudah dikenali dengan tindakan sedemikian dan sebelumnya telah mensasarkan beberapa yang lain dengan cara yang sama.

“Saya bukan orang pertama yang diserang, diludahi oleh orang ini; sayangnya banyak wanita yang memakai hijab menjadi mangsa serangan serupa oleh individu yang sama.

Dalam pada itu, dia menyesal kerana tiada penumpang lain yang memilih untuk membantunya, sebaliknya mereka hanya berdiri sebagai penonton.

Bolat juga menambah bahawa harus ada lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkat kesedaran kepada orang ramai untuk membantu orang lain yang memerlukan tanpa mengira latar belakang mereka yang berbeza.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button