
GAZA : [KEMAS KINI] Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB melaporkan seramai lebih kurang 10,000 penduduk Palestin telah dipaksa untuk meninggalkan rumah mereka di Semenanjung Gaza berikutan tindakan ketenteraaan Israel.
Menurut Al Jazeera, dengan jumlah kematian kini mencapai 137, Israel masih terus membedil dari udara dan darat ke atas Gaza.
Tentera rejim juga dilapor akan mempertingkatkan ketumbukan ketenteraannya berhampiran sempadan.
Setakat ini 137 maut termasuk 36 kanak-kanak dan jumlah yang cedera meningkat 920 orang.
“Sekiranya pihak penjajah berani melancarkan serangan darat, ia akan sangat menyusahkan mereka, kerana persediaan kami untuk pertempuran darat, lebih hebat daripada persediaan roket kami.” – Timbalan ketua biro politik Hamas, Soleh Al’Auri .
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia