18 tentera Syria terkorban akibat serangan bom ke atas bas tentera

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

DAMSYIK : Sebuah bas tentera dibom berhampiran ibu negara Syria, Damsyik, semalam dengan membunuh sekurang-kurangnya 18 askar Syria dan mencederakan 27 yang lain dalam serangan terbaru ke atas kenderaan pengangkutan tentera rejim.

Menurut Agensi Berita Arab Syria (SANA) milik kerajaan, yang memetik sumber tentera, bas di kawasan luar bandar yang mengelilingi Damsyik “disasarkan oleh letupan pengganas dengan bahan letupan yang dipasang lebih awal”.

Letupan dilaporkan berlaku di kawasan Al-Saboura di kawasan luar bandar Damsyik, di lebuh raya menuju ke ibu negara Lubnan, Beirut. 

https://twitter.com/aksakal_memet/status/1580488667637829632?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1580488667637829632%7Ctwgr%5Eaeaf575dd612b15dd124bd613cbc29c2035522a3%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.middleeastmonitor.com%2F20221013-bomb-attack-on-military-bus-kills-18-syria-soldiers%2F

Setakat ini, masih tiada siapa yang mengaku  bertanggungjawab atas kejadian ini serta rejim Syria Bashar Al-Assad mengelak daripada mengulas mengenai kejadian itu 

Sejak beberapa tahun lalu, serangan begini sering dilakukan oleh Daesh. Kumpulan itu biasanya mengaku bertanggungjawab dalam serangan sedemikian, seperti serangan bas pada bulan Jun yang membunuh 13 tentera Syria di wilayah utara Raqqa. 

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987 

Exit mobile version