
ABUJA : Insiden serangan bersenjata sebuah masjid di Zamfara, Nigeria telah mengorbankan sekurang-kurangnya 18 nyawa dan ramai mangsa dilaporkan turut tercedera.
Menurut laporan Agensi Anadolu, penyerang tersebut menyamar sebagai jemaah sebelum melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat di masjid yang terletak di wilayah Ruwan Jema.
Jurucakap polis Zamfara, Muhammad Shehu mengesahkan kejadian itu namun setakat ini tiada pengesahan mengenai jumlah sebenar angka korban insiden berkenaan.
https://twitter.com/BNNNewsNG/status/1573732971571314689
Sejak lima tahu lalu, Zamfara menjadi medan pertempuran antara Fulanis dan puak yang mencari rezeki melalui pertanian.
Presiden Nigeria Muhammadu Buhari turut mengharamkan aktiviti perlombongan di negeri itu atas faktor keselamatan.
Serangan ini berlaku tiga minggu selepas pengganas menyerang jemaah masjid di bandar Zugu yang sedang menunaikan solat Jumaat dan menyebabkan seramai 43 jemaah diculik.