ABHA: Seramai 20 jemaah umrah meninggal dunia sementara 29 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas melanggar jambatan di Arab Saudi.

Media-media tempatan melaporkan, insiden berkenaan berlaku di sebuah daerah di wilayah selatan ketika bas berkenaan dalam perjalanan membawa jemaah ke Mekah.

Menurut laporan berita stesen televisyen El-Ekhbariya, kemalangan itu berlaku sekitar pukul 4 petang di jalan Aqaba Shaar yang menghubungkan bandar Abha dengan Mahayil Asir.

β€œPihak berkuasa memaklumkan, kesemua mangsa kemalangan berkenaan mempunyai kewarganegaraan berbeza namun tidak memperincikan identiti mereka,” menurut saluran televisyen kerajaan itu.