4 termasuk kanak-kanak jadi mangsa serangan rejim Assad

Sasar Idlib utara

SYRIA 9 April : Sekurang-kurangnya empat orang awam, termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan terbaru tentera Bashar Assad.

Serangan pada Khamis lalu itu  mensasarkan sebuah kampung di wilayah Idlib di barat laut Syria.

Menurut agensi Pertahanan Awam Syria, The White Helmet, serangan itu dilakukan menggunakan sistem peluru berpandu berdasarkan haba daripada objek yang bergerak pada sebuah kereta.

Dua lagi kanak-kanak yang parah turut dibawa ke hospital.

Zon de-eskalasi di Idlib diwujudkan berdasarkan perjanjian di antara Turki dan Rusia. Kawasan tersebut telah menjadi sasaran banyak pencabulan perjanjian gencatan senjata, yang sering dilanggari oleh rejim Assad dan sekutunya.

Gencatan senjata yang rapuh berlaku di antara Moscow dan Ankara pada bulan Mac 2020, sebagai tindak balas kepada pertempuran berbulan-bulan oleh rejim yang disokong oleh Rusia.

Hampir satu juta orang telah melarikan diri daripada serangan rejim Assad, namun rejim tersebut masih sering melakukan serangan terhadap orang awam, yang menghalangi kebanyakan mereka kembali ke rumah mereka dan memaksa mereka tinggal di kem sementara.

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi – Arif Ikhwan

 

Exit mobile version