5 Emas Glasgow Bukti Kehebatan Jurulatih Tempatan — PABM

Kejayaan cemerlang skuad angkat berat negara meriah lima pingat emas dan satu gangsa pada Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 membuktikan keupayaan serta kepakaran jurulatih tempatan dalam melahirkan atlet bertaraf dunia.

Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan pencapaian bersejarah itu lahir daripada komitmen, pengorbanan, serta perancangan rapi keseluruhan pasukan kejurulatihan dan pegawai di belakang tabir.

Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat menegaskan beliau sentiasa meletakkan kepercayaan penuh terhadap kewibawaan jurulatih anak tempatan yang mempunyai ilmu dan semangat tinggi untuk membawa atlet ke pentas tertinggi.

“Kejayaan ini bukti nyata bahawa jurulatih tempatan mempunyai keupayaan untuk melahirkan atlet bertaraf dunia apabila diberikan ruang, kepercayaan dan sokongan yang sewajarnya,” kata beliau menerusi kenyataan berkenaan.

Pengorbanan Pasukan Dan Watak Di Belakang Tabir

PABM menekankan bahawa pencapaian di Glasgow bukan terhasil dalam tempoh singkat, sebaliknya menuntut pengorbanan besar wira-wira tidak didendang yang sanggup berjauhan daripada keluarga selama berbulan-bulan demi persiapan atlet:

Rakan Strategik Dan Pembangunan Sukan

PABM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN), pihak penaja, serta persatuan angkat berat negeri atas sokongan padu yang berterusan.

Pencapaian di Glasgow sekali lagi membuktikan bahawa gabungan kepimpinan yang utuh, sistem pengurusan yang mantap, dan kepercayaan kepada kepakaran tempatan mampu meletakkan Malaysia sebagai kuasa dan pencabar utama dalam arena angkat berat antarabangsa.

(Sumber berita: BERNAMA)

Exit mobile version