94 terkoban dalam insiden bot karam di perairan Syria

DAMSYIK : Jumlah keseluruhan korban insiden bot yang membawa pelarian dari Lubnan karam di perairan Syria meningkat kepada 94 orang selepas 17 lagi mayat ditemukan.

Menurut laporan media antarabangsa, sejumlah 14 mangsa yang terselamat menerima rawatan di hospital di Syria, dua mangsa dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Al-Basel, manakala enam mangsa sudah dibenarkan keluar.

Dalam kejadian tersebut, kira-kira 150 orang, rata-ratanya dari Lubnan dan Syria menaiki bot kecil yang karam itu di Lautan Mediterranean di luar bandar Tartus, Syria.

Agensi PBB, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) turut melaporkan bahawa seramai 10 kanak-kanak antara yang terkorban dalam tragedi itu.

Kebanyakan bot yang berlepas dari Lubnan menuju ke Cyprus, sebuah pulau terletak kira-kira 175 kilometer ke barat Eropah.

Dalam pada itu, Tentera Lubnan berkata pihaknya sudah menahan seorang warga Lubnan yang mengaku menjalankan operasi penyeludupan manusia dari Lubnan ke Itali melalui laluan laut, baru-baru ini.

Untuk rekod, Lubnan, sebuah negara yang menampung lebih sejuta pelarian sejak perang saudara Syria, terperangkap dalam krisis kewangan yang dilabel Bank Dunia sebagai krisis yang paling teruk di kala zaman moden ini.


INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987 

Exit mobile version