
KUALA LUMPUR 23 Mac : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dan hujan lebat di beberapa kawasan Johor, Sabah dan Sarawak hari ini.
Merujuk kenyataan MetMalaysia, kawasan yang terlibat di Johor ialah Mersing dan Kota Tinggi bermula esok sehingga Khamis ini.
Manakala, bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Seri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit serta Tawau (Sabah).
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran Nurshazlin Shahrom