
KAHRAMANMARAS : Angka kematian akibat gempa bumi Turkiye dan Syria melepasi 45,000 orang.
Jumlah orang yang terbunuh di Turkiye telah mencecah 39,672 orang. Kerajaan Syria dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih 5,800 orang telah mati di Syria.
Pasukan penyelamat di Hatay, Turkiye menyelamatkan seorang lelaki berusia 45 tahun hidup-hidup selepas dia menghabiskan 278 jam di bawah runtuhan.
Sebanyak 178 trak PBB yang membawa bantuan dari Turkiye ke barat laut Syria telah melintasi sempadan sejak 9 Februari lalu.
Kini Turkiye menjaga 1,589 kanak-kanak yang telah terpisah daripada keluarga mereka berikutan gempa bumi.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia