Empat kanak-kanak cedera dalam letupan periuk api di Afghanistan

KABUL : Empat kanak-kanak cedera dalam satu letupan periuk api di barat wilayah Ghor, Afghanistan, lapor Xinhua.

Menurut Pengerusi Direktorat Kesihatan Wilayah, Abdul Satar, insiden itu berlaku pada hari Rabu ketika kanak-kanak tersebut sedang membawa biri-biri meragut rumput di Kampung Tasarqi di pinggir ibu kota Firoz Koah.

Tambah Satar, kesemua mangsa dibawa ke hospital dan seorang kanak-kanak dikatakan cedera parah.

Berdasarkan berita The New Indian Express, segala bahan letupan termasuk bom buatan sendiri dan periuk api bekas peninggalan peperangan sebelum ini membunuh atau mencacatkan kira-kira 120 orang setiap bulan di negara pasca konflik itu, memetik kenyataan Kementerian Pengurusan Bencana Negara Afghanistan.

Bagaimanapun, tiada pihak yang bertanggungjawab ke atas letupan itu.

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

 

 

↑
Exit mobile version