Gempa bumi 6.0 skala Richter landa Iwate,Jepun

TOKYO: Gempa bumi dengan kekuatan magnitud 6.0 skala Richter melanda wilayah Iwate, Jepun hari ini, berdasarkan laporan Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Menurut agensi berita Xinhua, gempa berlaku kira-kira 2.46 pagi waktu tempatan, dengan pusat garis lintang 40.0 darjah utara dan 142.4 darjah timur pada kedalaman 50 kilometer.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Exit mobile version