Hamas Tunggu Respons Rasmi Lembaga Keamanan Berhubung Pelaksanaan Fasa Dua Gencatan Senjata Gaza

Kumpulan penentang Palestin, Hamas, menegaskan bahawa pihak mereka bersama puak-puak pejuang lain masih menunggu “respons yang jelas dan rasmi” daripada utusan Lembaga Keamanan (Board of Peace), Nickolay Mladenov, serta pihak pengantara berhubung pelaksanaan fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Menerusi kenyataan di saluran Telegram rasmi kumpulan itu, seorang sumber kanan Hamas mendedahkan bahawa pergerakan berkenaan kekal komited terhadap persefahaman yang telah dicapai.

“Hamas dan puak-puak Palestin kekal komited terhadap apa yang telah dipersetujui mengenai pelaksanaan fasa kedua perjanjian gencatan senjata, termasuk kewajipan semua pihak,” menurut kenyataan rasmi kumpulan itu.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan pengumuman Lembaga Keamanan dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Jumaat lalu berhubung persetujuan pelan tindakan terperinci bagi fasa seterusnya dalam perjanjian damai Gaza.

Sikap Keras Netanyahu Dan Pelanggaran Berterusan

Di sebalik persetujuan yang dicapai oleh pihak pengantara dan Hamas, laporan akhbar harian Israel Hayom mendedahkan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi pencerahan berbeza kepada utusan Mladenov.

Netanyahu dilapor menegaskan bahawa rejim Tel Aviv tidak akan berundur dari kedudukan ketenteraan yang dikuasai di Gaza mahupun melaksanakan gencatan senjata penuh, atas dakwaan Hamas sedang membina semula keupayaan ketenteraannya di kawasan enklaf berkenaan.

Sikap tidak berganjak rejim Israel ini berlaku ketika siri serangan udara dan darat terus melanda bumi Gaza.

Angka Korban Terus Meningkat

Menurut data Kementerian Kesihatan Gaza:

Ketegangan ini menunjukkan bahawa pelaksanaan fasa kedua gencatan senjata berdepan cabaran hebat berikutan keengganan pihak penceroboh Israel untuk menghentikan operasi ketenteraan dan berundur dari wilayah Gaza.

Sumber: TRT World & Agensi

Exit mobile version