Hubungan Malaysia-Rusia: Sultan Ibrahim Disambut Mesra Presiden Putin di Muzium Hermitage

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini disambut mesra oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam satu pertemuan simbolik di Muzium Hermitage, St Petersburg, yang mencerminkan keakraban hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pertemuan di muzium ikonik tersebut bukan sahaja memperlihatkan penghormatan tinggi Rusia terhadap Malaysia, malah menyerlahkan peranan signifikan Institusi Diraja sebagai pemacu utama diplomasi negara di peringkat antarabangsa.

Tinjau Koleksi Sejarah Dunia

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa diiringi Presiden Putin untuk meninjau koleksi bersejarah dan karya seni bertaraf dunia.

Muzium Hermitage yang ditubuhkan pada tahun 1755 merupakan antara muzium seni dan kebudayaan terbesar serta tertua di dunia, menyimpan lebih tiga juta karya seni dan artifak bernilai tinggi.

“Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg ini adalah atas jemputan khas Presiden Putin sendiri, sekali gus melambangkan kepentingan hubungan dua hala Malaysia-Rusia,” menurut catatan tersebut.

Lakaran Sejarah Diplomasi

Keberangkatan Sultan Ibrahim ke St Petersburg ini menyusuli siri lawatan diplomatik penting Seri Paduka Baginda sebelum ini:

Kehadiran Seri Paduka Baginda di Rusia dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh persahabatan serta kerjasama ekonomi dan kebudayaan antara Kuala Lumpur dan Moscow bagi tahun-tahun mendatang.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version