Inisiatif Avatar ‘PMX AI’ Kini Dalam Proses Penambahbaikan — PM Anwar

Inisiatif avatar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di platform WhatsApp Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai PMX AI, kini sedang menjalani proses penambahbaikan teknikal.

Bercakap kepada pengamal media selepas Majlis Peluncuran AI Malaysia di Menara Cyber Axis hari ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa sistem tersebut masih dalam fasa pembangunan dan pengujian.

“Kami masih mengusahakannya. Saya cuma (baru) mencubanya,” kata beliau ringkas.

Saluran Digital Untuk Suara Rakyat

Avatar PMX AI difahamkan diwujudkan bagi membolehkan orang ramai berkongsi pandangan, kebimbangan, serta aspirasi secara terus. Datuk Seri Anwar menyifatkan avatar berkenaan sebagai “kembar digital” beliau yang berfungsi sebagai jambatan interaksi antara pimpinan negara dan rakyat melalui aplikasi mesej popular, WhatsApp.

Inisiatif tersebut yang mula dibuka kepada umum pada Sabtu lepas (18 Julai) walau bagaimanapun telah diturunkan seketika tidak lama selepas dilancarkan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja menaik naik taraf dan penambahbaikan mutu perkhidmatan.

Sumber berita: BERNAMA

Exit mobile version