Israel Pertimbang Wujud ‘Zon Keselamatan’ Baharu Sejauh 4 KM di Dalam Wilayah Lubnan

Tentera Israel dilaporkan sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan “zon keselamatan” baharu yang memanjang sejauh 2 hingga 4 kilometer di dalam wilayah Lubnan. Langkah ini dirancang berikutan usaha mengurangkan kehadiran tentera dan menempatkan semula pasukannya di selatan negara berkenaan.

Laporan daripada penyiar awam Israel, KAN, memetik sumber keselamatan bahawa penempatan semula ini dibuat selepas tentera mendakwa berjaya memusnahkan rangkaian terowong di kawasan strategik Ali al-Taher, wilayah Nabatieh.

“Rancangan penempatan semula yang dipanggil ‘garisan kelabu’ ini melibatkan penyediaan kedudukan taktikal baharu bagi melancarkan operasi ketenteraan di dalam Lubnan,” menurut laporan KAN.

Cadangan ‘Garisan Kelabu’ dan Situasi Semasa

Pencerobohan tentera Israel terkini telah menyaksikan kemaraan melebihi 10 kilometer ke dalam wilayah Lubnan — pergerakan terdalam sejak pengunduran tentera itu pada tahun 2000.

Menurut piha berkuasa Lubnan, serangan berterusan Israel sejak Mac telah mengorbankan lebih 4,000 nyawa, mencederakan lebih 12,000 orang, serta menyebabkan lebih satu juta penduduk terpaksa berpindah dari kediaman mereka.

Sumber: TRT World dan Agensi Akhbar (Dipetik pada 6 September 2026)

Exit mobile version