Jaafar Onn meninggal dunia

Penyanyi dan pelakon veteran, Jaafar Onn meninggal dunia pada usia 72 tahun di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada jam 11.30 pagi, hari ini.

KUALA LUMPUR: Berita terbabit disahkan anak angkatnya Mohamad Hanif Hashim, 30, menerusi mesej WhatsApp kepada rakan-rakan artis antaranya penyanyi, Haiza.

“Assalamualaikum, untuk pengetahuan semua papa dah tiada. Dah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mana-mana yang terdekat yang nak melawat papa bolehlah datang sekarang,” katanya ringkas.

YBrs. En. Rozaidi Abdul Jamil (Zed Zaidi), Ahli Perbadanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS bersama wakil dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) selaku rakan kerjasama strategik jawatankuasa ini telah menziarahi En Jaafar Onn Awang bagi Program Ziarah Seni Madani FINAS 2024 pada 26 Mac yang lalu.

Salam takziah kepada keluarga Jaafar Onn.

Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا

Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah syurga sebagai tempat peristirahatannya.

Exit mobile version