Jangan bermain api! Syria beri amaran kepada Israel

Selepas Israel lancar serangan peluru berpandu ke Syria

DAMSYIK: Israel pada malam Rabu melancarkan serangan peluru berpandu di Syria, mengakibatkan kerosakan di lapangan terbang antarabangsa di bandar Aleppo dan kem tentera berhampiran ibu negara Damsyik,  lapor The Jerusalem Post.

“Jangan bermain dengan api!” tegas Menteri Luar Syria susulan serangan itu pada Khamis.

Menurut laporan berita tempatan yang memetik tentera, peluru berpandu Israel yang mengenai lapangan terbang Aleppo datang dari arah seberang Mediterranean.

Hampir sejam kemudian, peluru berpandu yang dilancarkan dari Tasik Tiberias di utara Israel mengenai kem tentera berhampiran Damsyik.

Pertahanan udara Syria berjaya memintas beberapa peluru berpandu yang dilepaskan dari Israel, kata tentera Syria.

Pemantau perang yang berpangkalan di UK & Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan pertama mengenai depot senjata Iran berhampiran lapangan terbang di Aleppo, dan sasaran kedua membedil penempatan tentera di bandar Al-Kiswah, 13 kilometer di selatan Damsyik.

Pemantau perang berkata Israel melepaskan 4 peluru berpandu ke arah lapangan terbang dan gudang di sekitarnya kerana ia dituduh menyimpan ‘bekalan peluru berpandu yang menunggu untuk dihantar ke Iran”.


INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987 

Exit mobile version