Kaki Kiri ‘Berbisa’ Lim You Ledak 7 Gol, Skuad Wanita B-17 Kebangsaan Belasah Arab Saudi 9-0

Pemain muda berusia 14 tahun, Lim You, mencuri tumpuan dalam penampilan sulungnya bersama skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan selepas meledak tujuh gol untuk membantu Malaysia membelasah Arab Saudi 9-0 pada aksi Kumpulan A Piala Srikandi Merdeka 2026 di sini, semalam.

Kehebatan You dislahkan apabila kesemua tujuh jaringan tersebut disempurnakan menggunakan kaki kirinya—kelebihan yang digilap oleh bapanya sejak kecil kerana menyedari keistimewaan pemain berkaki kiri yang agak jarang ditemui.

Perjalanan & Latar Belakang Lim You

“Sejak kecil lagi, ayah banyak melatih saya menggunakan kaki kiri kerana tidak ramai pemain boleh menggunakannya dengan baik. Tujuh gol ini bukan hasil usaha saya seorang, tetapi kerjasama rakan sepasukan yang menghantar bola,” kata You pada sidang media maya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Malaysia Mara ke Separuh Akhir

Dua lagi gol skuad Malayan Tigress disumbangkan oleh Putri Mia Alysa Ahmad Zakiyamani pada masa tambahan separuh masa pertama dan Ku Nur Qalesysha Qaisara Ku Zainon pada minit akhir perlawanan.

Hasil kemenangan besar ini, Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan kedua dengan empat mata (berkongsi mata dengan Hong Kong) sekali gus mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir menerusi kelebihan perbezaan gol. Skuad negara dijadualkan menentang juara Kumpulan B pada Jumaat ini.

Sumber Berita: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Exit mobile version