Kawasan Klang kini umpama sudah menjadi ‘laut’

KLANG : Hujan yang turun tidak henti-henti sejak pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Selangor mengalami banjir.

Menurut perkongsian gambar orang ramai melalui sosial media, sesetengah kawasan di Shah Alam dan Klang antara yang teruk terkesan.

Gambar menunjukkan bahawa jalan raya di kawasan tersebut kini umpama menjadi ‘laut’ dan menyukarkan kenderaan untuk bergerak ke lokasi masing-masing.

https://twitter.com/Officialrazif95/status/1472029619834421248

Bencana banjir yang berlaku ini sudah pasti menimbulkan kerisauan penduduk terhadap kerosakan harta benda dan kos yang perlu ditanggung untuk perbaiki segala kerosakan.

Ia berikutan fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada jam 5 petang ini di Pelabuhan Klang yang dikhuatiri menyebabkan keadaan banjir di Klang bertambah buruk.

Jurucakap Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata, dijangkakan air pasang setinggi empat meter melanda perairan kawasan berkenaan.

Diharapkan semua yang terlibat menjadi mangsa banjir terus tabah dan nescaya bantuan dari pihak tertentu akan tiba dalam masa terdekat.

 

Exit mobile version