
Senator terpilih Senat Negeri New York, Aber Kawas, memuji keputusan Presiden Donald Trump untuk menghentikan bantuan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) kepada Israel, menyifatkannya sebagai satu “kemenangan bagi rakyat Amerika” yang telah lama mendesak agar wang cukai disalurkan kepada komuniti tempatan dan bukannya membiayai peperangan serta tentera asing.
Kawas, yang mengukir sejarah sebagai wanita Palestin-Amerika serta wanita berhijab pertama dipilih ke Senat Negeri New York selepas meraih kira-kira 75 peratus undian dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November lalu, menegaskan bahawa penamatan bantuan ketenteraan berkenaan bukan sahaja menyentuh kewangan malah merupakan satu keutamaan moral.
Pengumuman mengejutkan yang dibuat oleh Trump pada 3 November lalu menetapkan penamatan bantuan ketenteraan bernilai US$4 bilion (kira-kira RM16.2 bilion) kepada Israel menjelang akhir tahun ini. Beliau secara terbuka mengisytiharkan bahawa Washington tidak akan lagi menyalurkan dana ketenteraan kepada Tel Aviv.
Menurut laporan penyiar awam Israel, KAN, pengisytiharan tidak dijangka itu telah mencetuskan kebingungan dan kejutan besar dalam kalangan pegawai Kementerian Pertahanan serta kepimpinan tertinggi tentera Israel.
Sumber Maklumat: Anadolu Agency (AA)