Al-Sultan Abdullah bertitah tiga perkara itu juga merupakan kunci kepada kekuatan bagi menghadapi apa jua cabaran yang mendatang, bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Sehubungan itu, Seri Paduka bertitah adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk bukan sahaja memelihara dan mempertahankan keharmonian yang telah dikecapi selama ini, malah berusaha menyemarakkannya sesama kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia.

“Seri Paduka berpandangan bahawa sekiranya rakyat bersatu dan tahu peranan masing-masing serta berpegang teguh kepada kunci itu, maka kita akan mampu membendung segelintir golongan yang bersikap atau bersifat ekstremis yang menabur fahaman perpecahan serta menyemarak api perkauman bagi mencetuskan suasana tidak aman dalam negara demi kepentingan peribadi,” tulis Datuk Seri Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.