
KAHRAMANMARAS: Jumlah korban gempa Turkiye-Syria terus meningkat menghampiri 16,000 orang.
Sekurang-kurangnya 12,973 orang telah terkorban di Turkiye, manakala seramai 3,000 telah meninggal di Syria.
https://twitter.com/MuhammadSmiry/status/1623499002401497088?s=20&t=GPlpqfLXtUE8c3Q9praS7g
Dua hari selepas beberapa siri gempa bumi melanda selatan Turkiye, usaha bantuan masih belum sampai ke beberapa kawasan di negara itu. Wilayah Hatay, yang menempatkan kira-kira 500,000 pelarian Syria, telah mengalami kemusnahan yang teruk.
Bantuan lewat berikutan kerosakan teruk jalan raya dan lapangan terbang awam akibat gempa berhampiran ibu kota wilayah, Antakya.
Harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin pudar kerana terdapat banyak halangan untuk mempercepatkan misi mencari dan menyelamat mangsa gempa.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia