Malaysia ‘Libas’ Indonesia 2-0, Tempah Tiket Final Piala Raja Thai

Skuad sepak takraw negara berjaya menempah tiket ke pentas final acara berpasukan Piala Raja Thai 2026 selepas mencatatkan kemenangan bersih 2-0 ke atas Indonesia pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Fashion Island Mall, Bangkok.

Kemenangan bergaya itu mengesahkan pertemuan buku dengan ruas apabila Malaysia bakal berdepan seteru tradisi, Thailand, pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung jam 12 tengah hari waktu Malaysia.

Perjalanan Cemerlang Regu Negara

Malaysia yang sebelum ini menewaskan Vietnam 2-1 pada peringkat suku akhir tampil dominan sepanjang saingan separuh akhir:

Tuan rumah, Thailand, terlebih dahulu mengesahkan tempat di pentas akhir selepas menewaskan Laos 2-0 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version