KUALA LUMPUR: Berdasarkan rekod pencapaian yang baik sebagai peneraju global dalam pasaran kapita Islam, Malaysia mempunyai landasan yang kukuh untuk terus berinovasi dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh ruang pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) konvensional, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Melalui langkah tersebut, Malaysia mampu melonjakkan profilnya dalam industri kewangan Islam.

Baginda bertitah berdasarkan rekod prestasi Malaysia dalam kepimpinan global dalam pasaran modal Islam, negara berada pada kedudukan yang baik untuk terus berinovasi dalam bidang ini.

“Dengan berbuat demikian, kita boleh meningkatkan lagi profil industri kewangan Islam kita,” titah baginda dalam ucapan perasmian pada majlis pelancaran kampus baharu INCEIF University di sini hari ini.