MCMC Wajibkan Pemberi Perkhidmatan Sekat Kandungan Memudaratkan Dalam Tempoh 24 Jam

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan Pemberi Perkhidmatan Berlesen untuk mengambil tindakan pantas terhadap kandungan yang memudaratkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan tinggi dalam tempoh 24 jam.

Langkah penguatkuasaan yang tegas ini dilaksanakan melalui Peraturan-Peraturan Keselamatan Dalam Talian (Tempoh) 2025 di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866). Ia bertujuan untuk mengekang penularan kandungan palsu serta maklumat salah pada peringkat awal sebelum ia tersebar luas.

“Bagi kandungan berkeutamaan tinggi seperti penipuan kewangan, kandungan tersebut hendaklah dijadikan tidak boleh diakses dalam tempoh 24 jam bagi membolehkan penilaian, pengesahan dan tindakan lanjut dilaksanakan,” jelas kementerian tersebut dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Kenyataan itu bagi menjawab soalan daripada Rodziah Ismail (PH-Ampang) yang ingin tahu mengenai mekanisme berkesan bagi mengawal penyebaran berita palsu dalam tempoh kritikal kurang 24 jam sebelum ia menjadi tular.

Penggunaan AI dan Statistik Penurunan Kandungan

Bagi menangani isu ini secara menyeluruh, kementerian mendedahkan beberapa data penguatkuasaan dan inisiatif teknologi yang telah dilaksanakan:

Pendidikan Kesiapsiagaan dan Literasi Digital

Dalam aspek pencegahan pula, Kempen Internet Selamat terus digerakkan secara agresif di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Di samping itu, sebanyak 1,938 program kesedaran kepada masyarakat umum telah dilaksanakan yang melibatkan seramai 2,136,941 peserta di seluruh negara sehingga 15 Jun lepas.

Kerajaan menegaskan komitmen tinggi untuk memastikan ekosistem digital negara kekal selamat dan sejahtera melalui gabungan elemen penguatkuasaan undang-undang, kerjasama strategik penyedia platform, sokongan teknologi moden, serta pemerkasaan literasi digital masyarakat.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version