
QALQILIA : Seorang remaja Palestin terbunuh oleh tentera penceroboh israel di bandar Azzun, di wilayah Qalqilia, Tebing Barat yang diduduki, menurut Kementerian Kesihatan.
Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata Mohammad Nedal Saleem, 15, ditembak di belakang oleh tentera israel. Dua lagi rakyat Palestin turut cedera dan seorang daripadanya kritikal.
Askar israel melepaskan tembakan ke arah tiga remaja Palestin semasa mereka berada di pintu masuk ke bandar itu, kata saksi.
Dalam pada itu, awal minggu ini, beribu-ribu peneroka menyerbu perkampungan Palestin Huwwara, selatan Nablus, membunuh seorang aktivis kemanusiaan serta membakar ratusan kenderaan dan rumah.
Lebih 65 rakyat Palestin, termasuk 14 kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Israel sejak awal 2023.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia