
Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat Israel telah memutuskan untuk membatalkan kelayakan ahli Knesset (parlimen), Ofer Cassif, daripada bertanding di bawah tiket Senarai Bersama dalam pilihan raya parlimen akan datang.
Keputusan itu dibuat susulan permohonan yang dikemukakan oleh parti Likud pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, berikutan kelantangan Cassif menentang dasar kerajaan terhadap rakyat Palestin serta bantahannya terhadap operasi ketenteraan rejim di Gaza sejak 2023. Kes tersebut kini akan dirujuk kepada Mahkamah Agung Israel untuk keputusan muktamad.
Menifatkan Keputusan Sebagai Usaha Membungkam Suara Alternatif
Mengulas mengenai tindakan tersebut, Cassif menegaskan bahawa jawatankuasa berkenaan bukan sahaja berniat menyekat suara-suara Arab, malah bertujuan membungkam mana-mana pihak yang cuba menawarkan alternatif sebenar kepada retorik peperangan dan dendam.
“Membentangkan penentangan saya terhadap dasar-dasar kerajaan dan tindakan ejen-ejennya sebagai sokongan kepada musuh… adalah penyelewengan realiti yang terang-terangan,” ujar beliau, sambil menambah bahawa penentangan terhadap jenayah yang dilakukan atas nama negara tidak bermaksud mengkhianati kepentingan negara itu sendiri.
Sumber: Agensi Anadolu via TRT World