Bantuan MAPIM Di GazaKemanusiaan

Pembinaan Apartmen Wakaf Malaysia di Penjara Terbesar Dunia – Gaza

KAJANG: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama MyAqsa Defenders bakal membangunkan projek pembinaan apartmen wakaf di Khan Younis, Gaza yang merupakan penjara terbesar di dunia. Projek ini dijalankan dengan sokongan kementerian Gaza dan koalisi MyAqsa Defender

Meliputi 4 buah pangsapuri 7 tingkat dengan jumlah rumah sebanyak 100 unit kediaman dan 12 unit komersial, menjadikan jumlah kos keseluruhan projek high-impact ini bernilai RM8 juta. Pendanaan dilaksanakan secara bersama antara kedua-dua pihak hasil dari sumbangan rakyat Malaysia yang meliputi pelbagai segmen masyarakat termasuk orang perseorangan, korporat, organisasi, pihak masjid, insituti & badan berkanun dan agensi kementerian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia,(Dr) Sani Araby Dato’ Abdul Alim Araby,

“Ini adalah satu lagi projek Amanah Rakyat Malaysia untuk Saudara Palestina kita! Kejayaan pembinaan projek ini menjadi bukti Ummah yang bersatu hati dapat memberikan sokongan melalui kecintaan untuk membela dan santuni saudara kita yang ditindak di bumi  Palestin khususnya di Gaza oleh regim penjajah zionist.


“Projek ini bakal memberi manfaat lebih daripada 5,000 orang dan secara langsungnya kepada 100 keluarga, ia menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana ini adalah projek pembinaan apartmen wakaf Malaysia yang pertama dibangunkan di bumi Palestin. 

Tambahnya, tempoh pembinaan bagi projek ini dijalankan dijangka memakan masa selama 16 bulan bermula Januari 2023 sehingga Jun 2024.

Pengerusi Majlis Pimpinan MyAqsa Defenders (MyAD), Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, ” Biarpun usaha ini kerdil jika dibandingkan dengan negara Arab yang jauh lebih mewah dalam pemberian dana dengan nilaian ratus juta dollar namun saudara di Gaza memandang tinggi dengan penuh kecintaan kepada Malaysia kerana kita membantu mereka dengan setulus hati dan kasih sayang yang tinggi diluar nilai politik dan apa sahaja.”

Statistik kesan perang pada 2021 merekodkan sekitar 120,000 orang kehilangan tempat tinggal sama ada rumah yang telah hancur atau kerosakan teruk sebanyak 1,800 rumah serta rumah yang mengalami kerosakan sebanyak 16,800 buah.

MAPIM dan MyAqsa Defender mengucapkan jutaan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyalurkan sumbangan serta memberikan kepercayaan untuk hal pembelaan dan kecemasan di bumi Palestina. Turut mengalukan untuk menjemput mana-mana organisasi, badan korporat serta kerajaan mahupun pihak yang ingin bekerjasama, boleh menghubungi pihak sekretariat.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

 

 

Related Articles

Back to top button