
Langkah Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengumumkan pemecatan Mejar Jeneral Avi Bluth menerusi siaran televisyen secara langsung mencetuskan kontroversi baharu, sekali gus mendedahkan pergeseran yang semakin mendalam antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan kepimpinan tertinggi tentera.
Pengumuman drastik tersebut dibuat selepas Bluth, jeneral tertinggi tentera di Tebing Barat yang diduduki, berusaha memperbaharui perintah sekatan pentadbiran terhadap peneroka haram ekstremis. Langkah jeneral berkenaan mencetuskan kemarahan Katz yang enggan perintah itu dilanjutkan:
-
Pihak tentera Israel (IDF) dengan pantas menolak pengumuman tersebut dan menegaskan bahawa Katz tidak mempunyai kuasa unilateral untuk memecat jeneral kanan tanpa berunding dengan Ketua Staf, Leftenan Jeneral Eyal Zamir.
-
Kepimpinan tentera mengesahkan Bluth akan kekal dalam jawatannya dan tiada pelantikan baharu akan dibuat sehingga awal tahun 2027.
Penganalisis politik menyifatkan tindakan Katz sebagai “aksi politik” yang bertujuan meraih sokongan pengundi berhaluan kanan dalam parti Likud menjelang pemilihan dalaman parti. Kempen politik tersebut penting bagi menentukan calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum Israel.
Pertikaian terbuka ini mencerminkan sejarah panjang ketegangan antara pentadbiran Netanyahu dan institusi ketenteraan. Kepimpinan keselamatan sebelum ini kerap mengkritik Netanyahu kerana mengutamakan kepenting politik berbanding keselamatan negara, termasuk ketiadaan strategi jangka panjang dalam konflik Gaza dan kegagalan menangani isu pencerobohan peneroka di Tebing Barat.
Sumber: TRT World