
BAITULMAQDIS: Berpuluh-puluh pelampau israel menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa di bawah perlindungan ketat polis israel, menurut Wakaf Islam.
Wakaf berkata bahawa pelampau berpecah kepada beberapa kumpulan, menyerbu Masjid Suci Islam dari pintu al-Maghariba dan melakukan provokasi di kawasan itu.
Pelampau israel menceroboh Masjid Al-Aqsa itu untuk menandakan hari perayaan Yahudi Shavuot, dan disokong oleh tentera israel yang bersenjata lengkap yang menghalang penduduk Palestin daripada memasuki tapak itu bagi memudahkan pencerobohan pelampau israel itu.
Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis kosong daripada jemaah Palestin selepas tentera israel menghalang mereka daripada memasuki tapak suci itu bagi memudahkan dan melancarkan pencerobohan pelampau.
Pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh pelampau semakin memuncak sejak awal tahun 2023 lagi sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian penduduk Palestin.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia