X
  • Home
  • Tempatan
  • Syria
  • Palestin
  • Gaza
UMMAHToday | Sumber Berita Mutakhir Ummah

Penduduk termasuk kanak-kanak ditembak di kem Aqbat Jabr

Jamri Aizat
3 years ago

JERICHO: Beberapa rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, ditembak dan cedera semasa serbuan tentera zionis ke kem pelarian Aqbat Jabr di selatan bandar Jericho, menurut aktivis tempatan Ibrahim Abu Dahook.

Dia memberitahu WAFA bahawa tentera israel menyerbu kem, mengepung sebuah rumah, dan menahan seorang bapa kepada 2 anak lelaki yang terbunuh oleh tentera israel serta mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

The video attached, which was captured in Aqbat Jabr camp, shows how the lsraeli occupation forces use toxic tear gas bombs against Palestinians during military raids. pic.twitter.com/lvayBi9VyR

— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) March 22, 2023

Kredit foto Times of Gaza

Pasukan zionis dengan kejam melepaskan peluru hidup, peluru logam bersalut getah, dan gas pemedih mata ke arah penduduk serta rumah mereka.

Tentera israel melepaskan tembakan dan mencederakan 4 orang, termasuk seorang kanak-kanak dengan menggunakan peluru hidup.

Dua lagi ditembak dan cedera akibat terkena peluru keluli bersalut getah.

Majoriti kecederaan adalah di bahagian bawah kaki, menurut Pengarah Hospital Kerajaan Jericho, Nasser Al-Anani.

Pasukan pendudukan israel telah membunuh lebih 90 rakyat Palestin sejak awal tahun, termasuk 17 kanak-kanak bawah umur, dua lelaki warga emas dan seorang wanita serta mencederakan puluhan rakyat Palestin.

BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles
  • Malaysia Sasar Juara Keseluruhan Sukan SEA 2027, Insentif SHAKAM Ditambah Baik
  • Dua Beradik Wanita Ditahan Selepas Kantoi Beli Petrol Berulang Kali di Tumpat
  • Filantropi Perlu Berasaskan Data Dan Impak Nyata, Kata Dr Zulkifli Hasan
  • zionis israel serbu kem pelarian Aqbat Jabr di Jericho
    Date
    February 4, 2023
    In relation to
    Palestin
  • Tiga cedera, seorang kritikal dalam serbuan di kem pelarian Aqbat Jabr, Jericho
    Date
    March 3, 2023
    In relation to
    Palestin
  • Seorang warga Palestin meninggal dunia akibat tembakan israel di Jericho
    Date
    March 2, 2023
    In relation to
    Palestin
Categories: Palestin, Semasa
Tags: #IsraeliCrimes, Aqbat Jabr, Jericho, Times of Gaza
↑
Home Tempatan Syria Palestin Gaza
Exit mobile version