
NABLUS: Peneroka israel pagi tadi menyerang rumah penduduk Palestin di dua bandar utara Tebing Barat dan membakar beberapa buah kereta, menurut seorang pegawai tempatan.
Sekumpulan peneroka israel yang tinggal secara haram di Tebing Barat itu membakar beberapa kenderaan Palestin dan mencuba untuk membakar rumah penduduk Palestin yang didiami oleh kanak-kanak di kampung Burin, selatan Nablus.
Selain membakar kereta milik seorang penduduk tempatan dan menyerang rumah orang lain, mereka juga memecahkan tingkapnya, kata Ghassan Daghlas, seorang pegawai.
Tambahnya, peneroka israel turut menyerang bandar Burin berhampiran dan membakar dua kereta milik seorang penduduk tempatan sehingga terbakar sepenuhnya.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038(Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini