Piala Negara-Negara Afrika: Maghribi Mara Ke Final Selepas Singkirkan Nigeria Menerusi Penalti

Pasukan tuan rumah, Maghribi berjaya mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 selepas menewaskan Nigeria menerusi penentuan sepakan penalti yang mendebarkan pada hari Rabu.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Prince Moulay Abdellah di Rabat, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas tamat masa sebenar 90 minit permainan dan masa tambahan. Kegagalan kedua-dua belah pihak memecah kebuntuan memaksa perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti, di mana skuad ‘Atlas Lions’ akhirnya menang dengan keputusan 4-2.

Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou muncul wira pasukan apabila mempamerkan ketangkasan menyelamatkan dua sepakan penalti Nigeria yang diambil oleh Samuel Chukwueze dan Bruno Onyemaechi. Di kem Maghribi pula, Hamza Igamane merupakan satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penaltinya.

Susulan kemenangan dramatik tersebut, Maghribi kini dijadualkan bertemu Senegal dalam aksi perlawanan akhir bagi merebut kejuaraan berprestij benua itu pada hari Ahad ini di venue yang sama.

Sumber: Agensi Anadolu

Exit mobile version