Covid19Kemanusiaan

Ramai penaja tampil bersama MAPIM

Santuni barisan hadapan & asnaf

BANGI : Lebih ramai lagi rakan penaja turut serta bersama-sama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia, dalam menyantuni barisan hadapan serta mereka yang kurang bernasib baik.

Antaranya Syarikat Mofaz  Dagang Sendirian Berhad.

Sejumlah 4,800 botol air mineral bersaiz 500ml disumbangkan kepada MAPIM untuk agihan.

Air Mineral berjenama  Aqua Fidella bernilai RM2,400 itu telah diserahkan kepada barisan petugas hadapan yang bertugas untuk sekatan jalan raya, SJR, di Plaza Tol Putra Mahkota dan Plaza Tol Serenia di Sepang.

Bakinya akan diagih-agihkan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan kelak.

Selain minuman, jentera penyejuk, air cooler juga dibekalkan MAPIM Malaysia dikedua-dua SJR tersebut.

Penyerahan dilakukan oleh aktivis dan pentadbiran korporat MAPIM Malaysia, Norashikin Md. Isa, serta pasukan petugas khas MAPIM Malaysia.

     

*2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:

WWW.BANTUUMMAH.COM

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button