Ratusan Peneroka Haram Israel Serbu Kompleks Al-Aqsa dan Makam Yusuf di Bawah Perlindungan Polis

Kira-kira 800 peneroka Israel sekali lagi menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki di bawah kawalan dan perlindungan ketat polis Israel. Kumpulan berkenaan dilaporkan melakukan ritual Talmud, solat, menyanyi, serta menari di kawasan suci tersebut.

Pencerobohan ini bertepatan dengan perayaan cuti Yahudi Sukkot yang berlangsung dari 26 September hingga 2 Oktober. Menurut Jabatan Wakaf Islam Baitulmaqdis, kehadiran peneroka haram semakin dipergiat sepanjang minggu ini, di mana lebih 7,000 peneroka telah memasuki kawasan Al-Aqsa menerusi Pintu Mughrabi sejak Ahad lalu.

Pencerobohan Makam Yusuf di Nablus

Dalam perkembangan berasingan, ratusan peneroka Israel turut menyerbu tapak “Makam Yusuf” yang terletak di bahagian timur Nablus, Tebing Barat:

SUMBER: Agensi Anadolu (AA)

↑
Exit mobile version