Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Mendatar Berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka mengukuh berbanding sebahagian besar mata wang utama pada sesi urus niaga Rabu pagi. Walau bagaimanapun, pergerakannya dilihat hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sikap berhati-hati para peniaga berikutan ketidaktentuan konflik geopolitik yang berterusan di Asia Barat.

Pada jam 8 pagi, unit tempatan berada pada aras 4.0870/0920 berbanding dolar AS, berbanding paras 4.0870/0910 semasa penutupan urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menjelaskan bahawa perhatian pasaran kini tertumpu kepada perkembanagan rundingan damai. Ini susulan ketegangan ketenteraan antara AS dan Iran yang menyaksikan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan bagi hari ke-10 berturut-turut.

Beliau menambah, hasil bon Perbendaharaan AS bagi tempoh dua tahun dan 10 tahun masing-masing melonjak lima dan empat mata asas kepada 4.26 peratus dan 4.63 peratus. Kenaikan ini didorong oleh jangkaan pasaran terhadap peningkatan kadar faedah di negara berkenaan.

“Sentimen berhati-hati ini dijangka terus menguasai pasaran. Oleh yang demikian, ringgit dijangka bergerak dalam julat RM4.08 hingga RM4.10 berbanding dolar AS sepanjang hari ini,” katanya.

Prestasi Berbanding Mata Wang Lain

Secara keseluruhannya, ringgit mencatatkan prestasi lebih kukuh berbanding mata wang utama dunia yang lain:

Bagi pasaran serantau, pergerakan mata wang tempatan mencatatkan prestasi bercampur-campur:

BERNAMA

Exit mobile version