RMK13: Pelaburan RM611 Bilion Diperlukan Untuk Melakar Semula Pembangunan Negara – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, dengan pelaburan keseluruhan berjumlah RM611 bilion diperlukan bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk memacu pembangunan negara ke arah Malaysia MADANI yang inklusif, lestari dan berteknologi tinggi.

RMK13 yang bertemakan “Melakar Semula Pembangunan” menggariskan empat tonggak utama iaitu:

  1. Meningkatkan kerencaman ekonomi,
  2. Meningkatkan mobiliti sosial,
  3. Mempercepat reformasi perkhidmatan awam, dan
  4. Memperkukuh kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.

Anwar berkata, tiga asas utama RMK13 ialah pembentukan negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah, sistem sosial berteraskan insan MADANI, serta peralihan kepada negara berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Struktur Pembiayaan

Daripada jumlah RM611 bilion:

Fokus Perbelanjaan Pembangunan

Sebahagian besar peruntukan RM430 bilion kerajaan akan diagihkan seperti berikut:

Transformasi Pendidikan dan TVET

Antara inisiatif penting termasuk:

Peralihan Digital dan Kecerdasan Buatan

Anwar mengumumkan pelaksanaan MyDigital ID sebagai sistem pengesahan digital tunggal, dengan sasaran 95% perkhidmatan kerajaan dilaksanakan dalam talian menjelang 2030. Malaysia juga menyasarkan 98% liputan 5G termasuk di kawasan desa dan pewujudan sekurang-kurangnya 5,000 usahawan digital.

Peluang Pekerjaan

RMK13 mensasarkan penciptaan:

Pengangkutan dan Infrastruktur

Perkhidmatan pengangkutan awam akan dipertingkat melalui:

Sabah dan Sarawak Sebagai Hab Tenaga

Kerajaan juga memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak sebagai hab tenaga mampan melalui inisiatif seperti Hab Hidrogen Sarawak dan jaminan bekalan tenaga di Sabah.

Sekuriti Makanan dan Pertanian Beskala Besar

RMK13 turut memperkenalkan pembangunan pertanian skala besar di negeri seperti Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk mengurangkan kebergantungan makanan import, dengan sasaran subsektor agromakanan menyumbang RM58 bilion menjelang 2030.

Perumahan dan Kos Sara Hidup

Kerajaan merancang membina 1 juta unit rumah mampu milik antara 2026 hingga 2035. Inisiatif kos sara hidup seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA, Menu Rahmah dan Bakul Rahmah akan diteruskan.

Kesihatan dan Pengurangan Pekerja Asing

Sebanyak RM40 bilion diperuntukkan untuk penjagaan kesihatan. Kerajaan juga menyasarkan pengurangan pekerja asing kepada 10% menjelang 2030 menerusi penguatkuasaan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat.

Perlindungan Komuniti Orang Asli

Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] akan disemak semula bagi memperkukuh hak milik tanah, pendidikan dan kemudahan infrastruktur untuk komuniti tersebut.

Penutup

Anwar menegaskan bahawa RMK13 memerlukan iltizam bersama seluruh rakyat, sektor swasta dan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, berdaya saing dan berjati diri.

“Dengan semangat juang yang marak, iltizam yang jitu dan keazaman yang menyala, Malaysia pasti bangkit sebagai negara yang disegani dunia,” katanya mengakhiri ucapan.

— BERNAMA

Exit mobile version